Misi Tadika Anakku
1. Mengukuhkan aqidah anak-anak dalam memberikan penerangan tentang ketauhidan dan mengutamakan ilmu-ilmu agama sejajar dengan konsep tadika Islam yang sebenar.
2. Berkeyakinan dengan ilmu yang diajar agar dapat diamalkan bukan hanya oleh pelajar malahan keseluruhan institusi keluarga mereka.
3. Dapat melahirkan pelajar yang berani, bersifat mulia dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
4. Memastikan anak didik mendapat tunjuk ajar yang sempurna dalam apa jua ilmu yang dicurahkan.
5. Mengajar agar pelajar dapat berdikari, berkembang dengan sempurna dan betul serta dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat sebaya.
6. Memberikan keyakinan dan tunjuk ajar agar pelajar benar-benar bersedia untuk melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
7. Memastikan anak-anak dapat merangkumi kesemua perkembangan asas iaitu perkembangan fizikal kognitif (akal), emosi dan bahasa dengan baik.
Visi Tadika Anakku
Melahirkan Insan Soleh di Malaysia melalui Pendidikan Pra Sekolah Sebagai Elemen Terpenting.
Motto Tadika Anakku
Melahirkan Anak Muslim Yang Soleh
Motto Tadika Anakku
Melahirkan Anak Muslim Yang Soleh
0 comments:
Post a Comment